Terma & syarat untuk Registered Agents of EL SAJIDA (RAESA)

Di bawah ini disertakan terma & syarat untuk menjadi ejen EL SAJIDA atau dikenali sebagai RAESA:

1. RAESA terbuka kepada sesiapa sahaja

2. Pendaftaran setakat ini adalah PERCUMA.

3. Wajib memiliki application Telegram & Facebook kerana group ejen dikendalikan di sana.

4. Wajib ada line internet yang kuat untuk buka website ELSAJIDA.COM. (untuk buat order, cek stok, dan juga untuk ambil details & gambar produk). 

5. Wajib ada online banking. Demi kemudahan ketiga-tiga pihak (pihak customer, ejen & elsajida)

6. Kami tidak menerima sebarang order melalui whatsApp/ Telegram. 

7. Ejen perlu menjual dengan harga yang sama dengan EL SAJIDA (harga tudung & harga pos). Supaya tiada saingan dari segi harga di kalangan ejen.

8. Boleh guna mana-mana gambar EL SAJIDA yang ada di instagram/FB EL SAJIDA. Untuk gambar katalog setiap warna, ejen perlu ambil di website kami. 

9. Komisen adalah 15% dari total harga tudung (tak termasuk pos) yang terjual. Contoh:

a) customer beli 3 helai instant shawl Ayra saiz M, maka total harga tak termasuk pos adalah RM105.30. Komisen ejen adalah 15% daripada RM105.30 iaitu RM15.80. Jadi jika customer membeli 3 helai tudung, mereka akan bayar RM105.30 kepada anda, kemudian anda transfer kepada kami RM105.30 tolak komisen 15% (RM15.80) bersamaan RM89.50. (Ini harga yang sebelum termasuk pos)



Beli 3- 4 helai, less 10% daripada harga tak termasuk pos.
Beli 5 helai ke atas, less 20% daripada harga tak termasuk pos.


Boleh campur mana-mana jenis tudung & saiz untuk dapat less yang disebutkan. 


*Tak perlu kira sendiri jumlah bayaran yang anda perlu bayar kerana jumlahnya akan automatik dipaparkan setiap kali anda membuat order di website.
Kos pos sila rujuk di sini: 


- Dalam Malaysia: http://elsajida.blogspot.my/2015/06/senarai-kos-pos-untuk-tudung.html

- Brunei: http://elsajida.blogspot.my/2016/04/kos-pos-ke-brunei-instant-shawl-ayra.html

- Singapura: http://elsajida.blogspot.my/2016/04/kos-pos-ke-singapura-instant-shawl-ayra.html


PENTING:

a) RAESA perlu sentiasa melihat updates dari pihak Elsajida di facebook group. Kerana biasanya gambar teasers produk, tips marketing, dan tips-tips lainnya akan di update di Facebook Group. 

b) Jika RAESA memiliki akaun instagram, follow ig elsajida & elsajida akan follow semula RAESA. Digalakkan untuk like & komen semua post Elsajida. Dan Elsajida juga akan berbuat demikian (tapi Elsajida tidak akan meninggalkan komen kerana dikhuatiri pelanggan akan terlihat ig elsajida & membuat keputusan untuk membeli tudung dari pihak kami). 

c) Untuk setiap post RAESA di ig, tolong letak hashtag #raesaOfElsajida supaya pelanggan lebih mudah mencari ig RAESA dan order melalui RAESA. 



 CARA-CARA UNTUK MENDAFTAR MENJADI RAESA

1. WhatsApp ke 010 3060 843.

2. Beri details anda: Nama Penuh, No telefon, Email,  Ig Shop, FB personal dan FB page yang anda akan guna untuk promote EL SAJIDA.

3. Kami akan beri kod khas anda sebagai RAESA supaya boleh digunakan ketika membuat order di website. Perlu masukkan kod setiap kali buat order untuk dapat total harga yang siap ditolak komisen.

4. Setelah kami add anda di group Telegram, anda boleh mula promote (ambil gambar & details di website: elsajida.com). Ada juga kami letak gambar-gambar tambahan di group FB.

Jika ada sebarang pertanyaan, boleh terus tanya di group Telegram ejen. Sebelum bertanya, sila baca keseluruhan post di blog ini dahulu (semuanya info untuk rujukan ejen). 

Comments

Popular posts from this blog

Kos Poslaju ke Brunei

Latest Tutorial Order untuk RAESA.